Assalammualaikum !
Fuhhh fuhhhh . Bersepah ja kan blog ni . Rasa macam lama ja tak update blog ni . Sebenarnya banyak benda nak cerita tapi terasa malas nak taip . Haha ! Terasa malas nak susun ayat . Al maklum lah BM dapat A- ja . Haha ! Oh oh lupakan . Saya di sini untuk story mory bukan untuk mengarut ya . Harap maaf .
Okay . Nak bagitaw yang saya sambung belajar dekat SmkJitra ja . Hewhew . Masuk Form 6 dan jadi budak sekolah balik . Okay rindu sekolah jadi macam seronok ja sekolah balik sebab rasa macam best ja . Haha ! Yang tak bestnya sebab dah tukar pengetua dan lepastu macam banyak peraturan yang tak masuk akal . Serius memang semak gela . Peraturan yang paling baru kan . Bila nakpi sekolah waktu petang atau masa cuti , kena pakai kasut hitam , baju sukan , seluar track dengan TUDUNG SEKOLAH . Diulang . TUDUNG SEKOLAH . Awak taw dak , saya Form 6 pakai tudung warna kuning . Awak boleh bayang tak , baju sukan warna hijau dengan tudung warna kuning ? Okay huduh gela . Haha ! Tetiba rindu pengetua lama . Oh shit ! Dah la pengetua baru tu jenis cakap lambat - lambat . Dah tu nampak muka macam serius gela . Okay dah takmau kutuk banyak - banyak .
Form 6 kan memang macam best lah sebab tahun ni ada sistem baru jadi kami belajar macam budak U lah . Kami ada 3 semester . Belajar belajar belajar lepastu exam lepastu habes . Sem 2 belajar topik lain plak lepastu exam lepastu habes . Sem 3 belajar topic lain , kerja kursus , exam lepastu habis . Sempoi kan ? Kami ada study week taw . Rasa macam budak U ja cuma pakai baju sekolah . Tapi okay what ? Takpayah nak tukar baju tiap - tiap hari . Kalau macam p matrik atau U . Dalam seminggu kalau pakai baju sama mesti kena kutuk lah . Takdak takdak pon kena perli . Haha ! Tapi macam tak best sebab tak boleh bawa handphone lepastu terikat dengan peraturan yang banyak . Okay cukup tak puas hati bila kena pakai anak tudung warna putih . Memang shit aa .
Okay kami semua masuk Form 6 ya dan dok kelas sekali iaitu kelas Geografi . Kami dok belakang sekali 4 orang kami . Ha amacam ? Sempoi kan . Geng STAR ni . Haha ! Ada ramai jugak lah kawan SmkJitra yang lama masuk Form 6 . Oh saya rasa kalau dapat U pon saya takpi dah sebab saya memang rasa nak belajar betoi - betoi lepastu nak sambung buat degree . Kawan - kawan saya yang lain kata ' kami tunggu hg kat U , kami yakin hg boleh sebab hg tu pandai cuma hg tu banyak main ' . Okay terharu ya dengar macam ni . Okay baru tadi dengar k . Muah sikit .
Okay malas dah la nak mengarut banyak - banyak sebab perot pon dah lapar terok dah ni . Okay lani pukul 9 . Lagi sejam cinta balik kerja . Rasa rindu ja dekat dia sebab tadi sempat jumpa 5 minit ja sebab dia kena masuk kerja . Okay sayang bila awak nak berenti kerja ? Haha ! Tapi kalau awak nak taw lah kan , tiap kali dia rehat , kalau dia keluar dengan saya mesti dia akan masuk kerja lewat sejam . Haha ! Dia kata ' pasaipa masa cepat sangat taktaw kalau dok dengan fat ' . Okay yang sebenarnya dia memang malas nak masuk kerja tapi saya pon ada hasut dia suruh masuk lambat. Okay jahat !
Awak comel macam penguin . Sayang awak . Kbye ♥