Teknik Tidur Dalam Kelas

Assalammualaikum ! 

Oh hai yaa awak . Rindu saya dak ? Haha ! Saya sihat k tapi sekarang ni takdak selera nak makan nasik . Kira kalau sehari tak makan nasik tu rasa macam biasa jaa . Dok hidup dengan roti . Taktaw pasaipa tiap kali makan nasik mesti tak habis k . Adeii ikut hati sangat kot kan ? Haha ! K lantak aa . Bukan ada sapa - sapa peduli pon kan . Bukan ada orang tanya pon . Makan dak lg ? Sihat dak hari ni ? Haha ! So takpayah nak buat terok lah kan . 

Haa mengantuknyaa tapi terhegeh jugak nak update blog ni . Balik sekolah jaa terus on lappy lepastu p salin baju apa semua terus mai dok mengadap lappy ni . Ha tu belum lappy sendiri lagi . Kalau lappy sendiri tah tah on dari lepas balik sekolah sampai ke tengah malam paa . Haha ! Oh hari tu ayah ada lah sebut kata nak kena beli lappy satu lagi sebab akak Not dah nakpi sambung belajar lepastu lappy satu lagi akak Farah guna buat kerja dia . Hm hm . Mintak - mintak lah ayah beli kan . Sukanyaaa . Eh kalau beli Tablet takpun Ipad pun boleh haih . Haha ! Tapi ayah sebelum papa mohon beli lens Nikon dulu ya ? Harap maklum . 

Okay back to title lah k . Teknik tidur dalam kelas . Benda ni nak update kemaren tapi disebabkan kemaren ada kerja sekolah yang melambak so kena tangguh ja . Dapat ilham nak buat teknik ni sebab kemaren masa kelas Geografi memang mengantok tahap gaban laaa . Cikgu tu cakap slow - slow . K memang bosan . Dok nampak macam macam ramai jugak lah yang tidur dalam kelas . Saya nak tidur tapi saya dok depan jadi tiap kali letak kepala mesti kantoi . Haha ! Tapi saya nak share teknik yang kawan - kawan kelas saya dok biasa buat .

Letak buku kat depan secara menegak . Konon baca buku .
Tampan muka dengan tangan . Tangan kat muka atau mata . Pegang pensel . Bajet dok menulis .
Tidur tapi mata terbukak . Bila cikgu tengok muka serius jaa macam fokus ja .
Tidur terus atas meja . Letak kepala atas meja . Tapi ikut cikgu lah . Kalau yang okay boleh try teknik ni .
Letak muka atas meja . Tarik tudung ke depan . Untuk perempuan muslim sahaja .
Tidur sambil duduk . Tunduk serapat mungkin .
Tidur atas meja . Tak mengadap cikgu . Pegang pensel konon salin nota .

Okay selamat mencuba ya semua ? Terhad untuk budak sekolah sahaja sebab kalau budak U ka Matrik ka pensyarah dah tak kesah depa nak buat pa dalam kelas . Janji assignment siap . Haha !


' Mohon janji jangan curang dengan saya '
' Permohonan anda diterima '

Kbye